CINTA DAN SUKA

Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan berdegup kencang Tapi di depan orang yang kita suka, hati kita akan gembira Di depan orang yang kita cinta, musim sentiasa berbunga-bunga Di depan orang yang kita suka, musim itu cuma berangin sahaja Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta, kita akan kaku Tapi jikalau kita melihat ke dalam mata orang yang kita suka, kita akan tersenyum Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk berkata-kata Di depan orang yang kita suka, lidah bebas berkata apa sahaja Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi malu Di depan orang yang kita suka, kita akan tunjukkan imej yang sebenar Kita tidak boleh merenung mata orang yang kita cinta Tapi kita selalu merenung mata orang yang kita suka Bila orang yang kita cinta menangis, kita akan turut menangis Bila orang yang kita suka menangis, kita akan turut membuat dia gembira Perasaan cinta bermula dari kata Perasaan suka bermula dari telinga Jadi, jikalau kita berhenti menyukai seseorang yang kita suka Umpama kita membuang telinga kita Tapi jika kita cuba menutup mata Cinta berbuah menjadi airmata Setiap orang yang akan mengalami ini dalam hidup mereka, Cuma fikirkanlah bersama-sama siapa yang anda cinta.

Tuesday, December 15, 2009

HIKMAH DIAM

Manusia berbicara setiap masa. Bicara yang baik akan membawa keselamatan dan kebaikan kpd manusia. Jika bicara tidak mengikut adabnya, manusia akan merana di dunia dan di akhirat. Di dunia akan dibenci oleh manusia lain manakala di akhirat bicara yang menyakiti hati org lain akan menyebabkan kita terseksa kekal abadi di dalam neraka Allah SWT.Bagi mereka yg beriman, lidah yg dikurniakan oleh Allah itu tidak digunakan utk berbicara sesuka hati dan sia-sia. Sebaliknya digunakan utk mengeluarkan mutiara-mutiara yg berhikmah.Oleh itu, DIAM adalah benteng bagi lidah manusia drp mengucapkan perkataan yang sia-sia.HIKMAH DIAM1. Sebagai ibadah tanpa bersusah payah.2. Perhiasan tanpa berhias.3. Kehebatan tanpa kerajaan.4. Benteng tanpa pagar.5. Kekayan tanpa meminta maaf kpd orang.6. Istirehat bagi kedua malaikat pencatat amal.7. Menutupi segala aib.Hadis2 Rasullulah mengenai kelebihan diam yg bermaksud:* "Barangsiapa yg banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya.Barangsiapa yg banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. Dan barangsiapa yg banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya". ( RW ABU NAIM )* "Barangsiapa yg beriman kpd Alah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yg baik atau diam". ( RW BUKHARI & MUSLIM )* "Barangsiapa diam maka ia terlepas dr bahaya".( RW AT-TARMIZI )Madah Dari Hukama:* BANYAK DIAM TIDAK SEMESTINYA BODOH,BANYAK CAKAP TIDAK SEMESTINYA CERDIK,KRN KECERDIKAN ITU BUAH FIKIRAN, ORG CERDIK YG PENDIAM LEBIH BAIK DR ORG BODOH YG BANYAK CAKAP.* MENASIHATI ORANG YG BERSALAH , TIDAK SALAH. YANG SALAH MEMIKIRKAN KESALAHAN ORANG..* KALAU ORG MENGHINA KITA, BUKAN KITA TERHINA, YG SEBENARNYA ORG ITU MENGHINA DIRINYA SENDIRI.Manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan kecuali dgn diam. Jalan yg terbaik ialah diam kalau kita tidak dapat bercakap kearah perkara2 yg baik. Bicara yg baik adalah lambang hati yang baik dan bersih yang bergantung kpd kekuatan iman pada diri manusia.Dari Abdullah bin 'Amr R. A, Rasulullah S. A. W bersabda:" Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat.."

No comments:

Post a Comment