CINTA DAN SUKA

Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan berdegup kencang Tapi di depan orang yang kita suka, hati kita akan gembira Di depan orang yang kita cinta, musim sentiasa berbunga-bunga Di depan orang yang kita suka, musim itu cuma berangin sahaja Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta, kita akan kaku Tapi jikalau kita melihat ke dalam mata orang yang kita suka, kita akan tersenyum Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk berkata-kata Di depan orang yang kita suka, lidah bebas berkata apa sahaja Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi malu Di depan orang yang kita suka, kita akan tunjukkan imej yang sebenar Kita tidak boleh merenung mata orang yang kita cinta Tapi kita selalu merenung mata orang yang kita suka Bila orang yang kita cinta menangis, kita akan turut menangis Bila orang yang kita suka menangis, kita akan turut membuat dia gembira Perasaan cinta bermula dari kata Perasaan suka bermula dari telinga Jadi, jikalau kita berhenti menyukai seseorang yang kita suka Umpama kita membuang telinga kita Tapi jika kita cuba menutup mata Cinta berbuah menjadi airmata Setiap orang yang akan mengalami ini dalam hidup mereka, Cuma fikirkanlah bersama-sama siapa yang anda cinta.

Wednesday, December 16, 2009

MENGENAL SEJARAH UMAT ISLAM SECARA UMUM: KHULASAH SEJARAH

Peringkat-peringkat yang dilalui oleh umat Islam:


(1.) Zaman Rasulullah hingga wafatnya. Zaman kemuncak dan kegemilangan kerohanian dan pengabdian, ukhuwah yang luarbiasa, memberi khidmat, 'rahbannullail wa fursanunnahar'. Walaupun belum maju tetapi pegangan mereka adalah Al-Quran dan Hadis.

(2.) Zaman keadilan pemerintahan daripada bermula Rasulullah hingga Khalifah Saidina Ali selama 40 tahun. Ini bererti pemerintahan yang baik hanya 40 tahun.

(3.) Masyarakatnya secara umumnya baik yakni berlaku selama 300 tahun tetapi pemerintahannya rosak kecuali zaman Khalifah Umar Abdul Aziz, Salehuddin Al-Ayubi dan Sultan Muhammad Al-Fateh. Namun Islam berkembang tiga suku (3/4) dunia. Ulamak-ulamak dapat mengungkai ilmu Yunani dan Parsi. Zaman ini juga lahir 4 mazhab ulamak.

(4.) Dalam masa 700 tahun, umat Islam jadi empayar dunia. Walaupun begitu, pemerintahnya tidak adil lagi. Zaman ini lahir 72 mazhab sesat. Masyarakat sudah rosak walaupun tidak separah hari ini, puncanya ialah ulamak sendiri yang telah rosak.

(5.) Selepas 700 tahun, pemerintahan Islam jatuh dan dijajah oleh Barat tetapi masih berlaku orang Melayu masuk Islam. Zaman inilah orang Melayu masuk Islam.

(6.) 700 tahun ke dua hingga zaman kita, tamaddun Islam telah musnah di mana kerosakannya berlaku disemua bidang.

(7.) Selepas umat Islam mendapat kemerdekaan, lahir perpecahan, berbagai-bagai parti politik yang membawa berbagai-bagai fahaman seperti demokrasi, komunisma, liberalism dan socialisma.

(8.) Masyarakat telah rosak tetapi dengan rahmat Allah lahirlah Mujaddid yang menghidupkan Islam yang banyak memberi pengaruh. Mujaddid itu berwatak Rasul dengan membawa ilmu dan minda.

(9.) Di celah-celah kerosakan umat Islam, dengan rahmat Allah, lahirnya ulamak-ulamak pengasas tareqat yang hanya membawa pengikut tetapi tidak membawa minda.

(10.) Dicelah-celah kerosakan umat Islam, dengan rahmat Allah lahirnya ulamak tareqat dan mujaddid. Toifah mujaddid adalah lebih baik dari toifah tareqat dimana toifah mujaddid menggugat pemerintah pada waktu itu.

(11.) Dua golongan ulamak ini lebih banyak terima ujian yang datang dari para pemerintah.

(12.) Dua golongan ulamak ini mempunyai lebih ramai pengikut. Kalau hendak dibandingkan dengan ulamak lain, mereka disebut-sebut walaupun telah wafat.

(13.) Di antara sebab-sebab terbesar dan terpokok yang umat Islam berpecah dan berbalah:

(1) cinta dunia

(2) parti dan fahaman politik

(3) firkah yang sesat

(4) pengikut jemaah yang fanatik

(5) kerosakan ulamak

(6) kerosakan pemerintah

(7) penjajah

(14.) Selepas Rasul dan Khulafa-rasyidin lahir, pemerintah fuedal pula lahir atau pemerintah beraja yang dipusakai turun-temurun

(15.) Selepas merdeka, pemerintahan Islam secara umum bertukar ganti

(16.) Zaman gemilang Islam, paling tidak, ramai yang masuk Islam setelah melihat kehidupan dan akhlak Islam itu

(17.) Selepas kejatuhan empayar Islam, lahirnya mubaligh atau dae'I seperti badan dakwah. Badan dakwah itu banyak tetapi tidak nampak

(18.) Selepas merdeka, pemerintah Islam lebih kejam dan zalim berbanding dengan pemerintah penjajah

(19.) Perpecahan, krisis berlaku selepas merdeka yang lebih dasyat dari penjajah

(20.) Zaman gemilang yang indah itu zamannya pendek tetapi zaman gelap adalah selama 700 tahun

(21.) Setiap yang berlaku pada umat Islam diberitahu dengan isyarat

(22.) Di akhir zaman, ada khabar gembira dimana Allah simpan 3 tokoh - Pemuda Bani Tamim, Imamul-Mahdi dan Nabi Isa

(23.) Zaman Pemuda Bani Tamim



SELEPAS MEMAHAMI SEJARAH ISLAM, BAGAIMANA PENDIRIAN DAN SIKAP KITA?

(1) Ikhtilaf(perbezaan pendapat) dalam perkara furu' atau cabang, dibenarkan berlapang dada

(2) Ikhtilaf dikalangan firkah-firkah yang sesat hendaklah ditolak tegak. Hendaklah ditolak dengan bijaksana. Antara yang tidak boleh bertolak ansur seperti Syiah. Yang dikatakan bijaksana sepeti kalau berperang boleh menyebabkan rosaknya ketenteraman awam, hendaklah bijaksana untuk bertindak supaya tidak merosakkan ketenteraman awam ini

(3) Orang masuk Islam tertarik dengan Islam dengan akhlak dan kehidupan. Ini harus ambil perhatian. Orang masuk Islam bukan sebab ilmu sangat tetapi lebih kepada akhlak dan kehidupan Islam itu

(4) Setiap awal kurun hijrah, kenalah cari mujaddid yakni pemimpin yang berwatak rasul. Sesiapa yang menemuinya wajib memberi ketaatan

(5) Dipertengahan kurun, carilah ulamak yang berwatak nabi kerana dipertengahan kurun lahirnya ulamak berwatak nabi

(6) Kalau tidak ada toifah dan pemimpin di tempat masing-masing dan tidak ada ciri-ciri kebenaran, tinggalkan sahaja

(7) Apabila berada di dalam pemerintahan yang zalim, mana yang sesuai dengan syariat kita ikut dan yang tidak sesuai dengan syariat kita tinggalkan

(8) Apabila berada di dalam masyarakat atau negeri yang rosak, wajib pindah untuk menyelamatkan iman

(9) Diperintah meninggalkan ulamak-ulamak 'suk' (jahat), bahkan patut lebih takut dari harimau

(10) Apabila tidak bertemu dengan pemimpin berwatak rasul, lebih baik diam tinggal di rumah, kurangkan bergaul

(11) Sekarang adalah di awal kurun di mana mujaddid telah lahir, sepatutnya umat Islam mencarinya. Tidak susah untuk kita mencari mujaddid sebab Hadis Rasulullah telah menyebut tentang mujaddid yang wujud disetiap awal kurun. Mencarinya juga boleh membandingkan jemaah-jemaah lain dan melihat kepada ciri-ciri kebenaran yang ada berdasarkan pada Hadis Rasulullah SAW

(12) Bagi umat Islam yang bertemu dengan jemaah kebenaran itu, jangan sambil lewa, hendaklah serius, bersungguh-sungguh berkorban kerana pahalanya tidak sama dengan mengikut setelah berjaya

No comments:

Post a Comment