CINTA DAN SUKA

Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan berdegup kencang Tapi di depan orang yang kita suka, hati kita akan gembira Di depan orang yang kita cinta, musim sentiasa berbunga-bunga Di depan orang yang kita suka, musim itu cuma berangin sahaja Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta, kita akan kaku Tapi jikalau kita melihat ke dalam mata orang yang kita suka, kita akan tersenyum Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk berkata-kata Di depan orang yang kita suka, lidah bebas berkata apa sahaja Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi malu Di depan orang yang kita suka, kita akan tunjukkan imej yang sebenar Kita tidak boleh merenung mata orang yang kita cinta Tapi kita selalu merenung mata orang yang kita suka Bila orang yang kita cinta menangis, kita akan turut menangis Bila orang yang kita suka menangis, kita akan turut membuat dia gembira Perasaan cinta bermula dari kata Perasaan suka bermula dari telinga Jadi, jikalau kita berhenti menyukai seseorang yang kita suka Umpama kita membuang telinga kita Tapi jika kita cuba menutup mata Cinta berbuah menjadi airmata Setiap orang yang akan mengalami ini dalam hidup mereka, Cuma fikirkanlah bersama-sama siapa yang anda cinta.

Tuesday, December 15, 2009

Jejak Syurga Atau Jejak Neraka

Ke mana anda sekarang?Kita sekarang dihidupkan oleh Allah, di bumi Allah dan di dalam zaman yang Allah tentukan. Selepas itu kita akan dikembalikan, sama ada disedari atau tidak ke salah satu daripada dua negeri yang kekal abadi iaitu syurga atau neraka.Sekarang kita sedang berjalan ke destinasi yang kita sendiri pilih - syurga atau neraka. Allah menyediakan dua jalan untuk kita pilih. Terpulanglah kepada kita untuk memilih sama ada jejak ke syurga atau jejak ke neraka.Namun begitu, Allah sudah memberitahu kita di dalam Al-Quran, tentang betapa nikmatnya kehidupan dan pengalaman manis di syurga. Begitu juga dijelaskan betapa azabnya kehidupan dan pengalaman ngeri di neraka. Nabi Muhammad saw. juga menguatkan lagi melalui hadith-hadithnya yang masih segar dibaca dan didengar hingga ke hari ini.Sebagai makhluk yang diberikan kesempurnaan akal fikiran, manusia boleh berfikir kesan dan risiko yang bakal diterima akibat dari sesuatu tindakannya. Setiap sesuatu itu ada sebab-musababnya. Allah masukkan seseorang ke syurga kerana dalam hidupnya di dunia ini, dia memilih jalan ke syurga. Begitu juga Allah masukkan seseorang itu ke neraka kerana dalam hidupnya dia sengaja memilih jalan ke neraka. Terpulang kepada kita hendak mengikuti jejak syurga atau jejak neraka...Pilih dan ikutlah jalan ke syurga sebagaimana yang disenaraikan di bawah:beramal semasa muda lagi bertolong-tolongan kerana Allah jauhi diri dan keluarga dari zina mendidik anak kewajipan beragama mendirikan solat wajib dan sunat bertahajjud di tengah malam menangis dan menginsafi diri kerana takut akan ALlahbersedekah, menderma dan berwakaf secara senyapberpaut hati pada masjid sentiasa belajar hal-ehwal agama sembahyang berjemaah selalu berada di tempat pengajian agama menziarahi orang sakit mengiringi mayat hingga ke kubur mengadakan khenduri cara Islam mendamaikan pergaduhan menolong anak yatim dan miskin dan lain-lain perkara kebajikan Pada masa yang sama hindarilah jejak neraka yang disenaraikan di bawah:tidak mengajar anak hal-hal keagamaan kaya tapi bakhil menipu mengambil arak, dadah dan yang memabukkan mengadakan majlis maksiatberzina memakan harta anak yatim meringankan sembahyangtidak mengeluarkan zakat panjang angan-angan dan tak mahu bertaubat meninggalkan sembah yang durhaka kepada ibu bapa berbuat fitnah suami dayus (membebaskan isteri)ibu bapa dayus (membebaskan anak)makan harta haram berbohong dan berdusta menggunakan sihir dengki dan khianat Sementara kita diberi peluang oleh Allah untuk memilih jalan yang menentukan nasib kita pada masa hadapan, marilah sama-sama kita saling bantu-membantu menegakkan amar makruf dan nahi mungkar yang dewasa ini sudah kurang berfungsi dan tidak diberi keutamaan lagi.Sekian, wassalam.

No comments:

Post a Comment